ASSALAMMUALAIKUM...

hai semua..di sini aku lebih selesa berkongsi cerita tentang kehidupan tanpa perlu meluah kepada sesiapa kerana bagiku bila kita bercerita yes mereka mendengar tetapi tidak semua orang akan memahami kita dan tidak semua orang suka mendengar cerita kita, sebaiknya pilih keluarga dan kawan yang kita tahu hatinya baik. Di sini aku bebas ianya umpama kawan bisu aku macam korang yang tengah baca ni laa hahaha
selain korang Allah S.W.T ja tahu cerita aku, aku ni jenis yang suka pendam sahaja dan meluahkan hanya kepada yang Maha Esa dan berdoa semoga cerita kita diberkati ALLAH S.W.T Aamiin..

Aku ni semple orangnya, tidak pakai mekap..pakaian asal selesa aku ok, tidak mahu itu ini bukan jenis suka meminta, apa yang kumahu cuma ingin bersama insan-insan yang kuayangi dan menyayangiku sudah memadahi dan aku sangat bersyukur dalam kehidupanku..Bagiku bila kita hidup bersama rasa cinta pada Allah S.W.T. maka cinta akan jadi milik kita In Shaa Allah..

Aku ni tidaklah sempurna mana, ilmu agama pun masih banyak perlu aku tingkatkan, tapi alhamdullillah didikan bapaku soal agama memang banyak aku pelajari dan ku ajari lagi pada anak-anakku tidak sehebat ustazah tau ustaz tetapi penting bagiku mengajar anakku tentang berbuatan baik dan menjauhi berbuatan jahat...menjalani kehidupan dengan sentiasa berbuat kebaikan.

Aku walaupun luaran tidaklah sempurna mana pada pandangan manusia tetapi dalaman kita cuma Allah S.W.T. sahaja yang tahu apa yang ada di hati dan niat kita.

Kebahagiaan akan kita rasai bila kita disayangi dan menyayangi, mampu membuat orang tersenyum, berserderhana dalam kehidupan dan sentiasa bersyukur itu adalah erti kehidupan sebenar. Harta kekayaan masih tidak boleh memberi kebahagiaan walaupun hakikat kita perlu duit untuk hidup tetapi aku masih percaya di luar sana masih ramai yang sedang berbahagia walau hidup serba kekurangan kerna mereka berbahagian dengan insan tersayang dan penerimaan keserderhanaan hidup tanpa perlu mengejar kekayaan lebih dari kehidupan yang sebenar.
YUMMIEDJA. Dikuasakan oleh Blogger.

CEK TARIKH LUPUT UBAT

Semalam kami membawa danish pergi kecemasan kerana dia tiba-tiba muntah secara berterusan tanpa sebab dan batuk yang pelik. Danish kelihatan seperti sukar untuk bernafas, sebelum kejadian danish aktif seperti selalu. Petang tu danish meminta babahnya membawanya untuk makan roti canai dan minum minuman gas, kakaknya juga turut memesan makanan dan minuman yang sama macam danish.

Itu pengetahuaan semua danish tidak asma, entahlah macam mana boleh berlaku. Selepas menemankan anak-anak makan, kami terus gerak untuk balik sebab hujan dalam pukul 6.30 kena jugalah kepala durang hujan balik rumah terus mandi. Selepas mandi danish baring tak seperti kebiasaannya ambil mainannya dan main, ini dia baring ja..pastu tiba-tiba dia panggil aku dan tutup mulutnya aku memeluknya dan tanya kenapa, danish cakap dia nak muntah..pastu tiba-tiba dia muntah banyak...muntah lagi..dan lagi..lagi..lagi...lagi..tak nak makan..aku paksa dia minum sekit2 sebab dah tiada benda dia nak muntah..minum sekit muntah pun sekit..jam dah menunjukkan pukul 12.15 nak tunggu esok bawa p klinik rasanya tu bukan pilihan yang tepat dengan keadaannya yang sangat lemah...kesian danish..

Sampai di kecemasan durang suruh tunggu doctor..tunggu punya tunggu 1 jam lebih juga menunggu..doc tu mahu mengambil darah danish dalam 2 botol panjang..sedikitnya katanya..dan ingin memasukkan air ke dalam badannya...danish faham apa yang doc tu cakap...tindakan pertamanya menyuruh babahnya tidak membenarkannya di jarum...kami serba salah..maybe kalau kamu di tempat kami kebanyakannya akan membenarkan doc membuat apa yang patut..kami tidak seperti kalian kerana kami punya pengalaman dasyat dan trauma tentang ambil darah..biarlah rahsia tetapi sudah ku ceritakan pada doc yang bertugas dan alhamdullilah doc tu sangat memahami dan meminta danish di pam sahaja dan kami tandatangan surat membawa danish keluar hospital itu..dan menyuruh kami datang jika ada apa-apa yang berlaku pada danish...kami mengucapkan terima kasih.

Danish selesa di pam..dah lama sangat tak pernah kena pam..ingatannya sangat kuat maybe terlalu lama dia sakit dulu...alhamdullillah dia dah sembuh sepenuhnya...danish semangatnya kuat..dia suka melawan sakitnya..bila aku paksa minum dia akan buat dengan selamba...tak macam yumi penakut...ubat pun kalo suruh cyumi makan mahu berjam2 suruh makan ubat..tapi bagi aku ubat yang paling mujarab di dunia ini adalah doa pada yang maha esa..doalah...kami balik dalam pukul 3.40 pagi..yumi ikut kamu juga so hari ni dia tak sekolah takut dia mengantok nanti di sekolah...yumi selalu ada untuk adiknya...dia juga selalu mendoakan adiknya...kepada pembaca tolong doakan danish sihat dari segala penyakit yang menimpanya..terima kasih..



Danish dah boleh makan sekit2..dia makan bubur  nasi...minum air garam pun dah...muka pun x pucat dah...banyak cakap...alhamdullillah perut pun dah x kurus sangat..hari ni juga kami akan bawa pergi klinik ong tuk cek danish nak puaskan hati kami supaya danish dalam keadaan baik2 sahaja..ohh ya aku nak share ubat yang di kasi di kecemasan...salah satu ubat tu tarikh dah luput...so kita sebagai ibu bapa kena peka cek dulu ubat yang di beri sebelum meninggalkan kaunter ubat..aku selalu cek tarikh kerana itu salah satu benda penting yang di ajar oleh doc pakar danish..semua manusia buat silap..aku bersangka baik sahaja...aku tidak marah tapi terkejut..untuk ingatan aku dan pembaca supaya cek tarikh luput ubat ok..bye...





Hidup di dunia ni apa benda yang paling mahal?

pada aku jawapannya AIR bukan EMAS dan PERMATA...kita perlukannya setiap masa...

KATA HATIKU BUKAN HATI KAMU

Semuanya adalah dari hati, hati yang bersih tidak pernah menipu kerana bagiku hati tidak kotor tetapi akhlak seseorang itu yang mengkotorkan dirinya. Allah S.W.T. tahu hati kita oleh itu aku memilih untuk menjalankan kehidupanku tanpa menipu biarlah niat dari hati yang tulus kerana aku cuma insan yang belum sempurna dan cuba menjalani dengan caraku dan apa yang ada di hatiku cuma Allah S.W.T. mengetahui...orang lain takkan sama ngan aku kerana aku adalah aku.

Jangan nilai aku, aku tahu siapa aku dan jika aku tidak bertudung ada orang lain mempersoalkan dan bermasalah dengannya bagiku aku akuinya belum sempurna seperti kalian yang rasa dah cukup bagus pakai tudung akhlak pun terbaik..opsss terbaik ke?? biar Allah nilai kalian yang rasa bagus..pesan aku pada kalian yang dah sempurna janganlah langsung menjatuhkan hukuman bersalah dan fikir aku seperti kristian tuduhan tu sangat berat bagiku apalagi membabitkan orang yang aku sayang..jaga sajalah kehidupan kamu...dan ajar mulut dan hati untuk berperangsangka baik dengan orang yang kamu pandang kerna pandangan kamu tidak mengambarkan apa2 kerna pandangan Allah S.W.T pada  orang x sama nilai dengan gambaran ko pada orang itu.berdosa 1 neraka..Nasihat adalah bagus untuk diriku dan aku alu-alukan kerna ramai orang menyayangiku..tetapi jangan keterlaluan cerdik pandainya pandangan ko pada orang tu silap, bagiku persoalannya bukanlah tudung saja diberi keutamaan tetapi akhlaknya juga ianya adalah 2 hal berbeza pada pandangan aku. Pendapat peribadiku bertudung adalah murni dan menjalankan perintah Allah, Wajib untuk wanita muslim yang baligh walaupun buruk atau baik akhlaknya semua boleh untuk bertudung,  aku pun bertudung bila aku nak semuanya bergantung pada budi pekerti peribadi masing-masing..bukan aku langsung tak sentuh tudung..Jika seorang wanita bertudung tetapi berperangai teruk dan melakukan dosa itu bukan kerana tudungnya namun kerana akhlaknya seperti bertudung lepas tu perpakaian nampak aurat,rambut warna,perperangai teruk(sentiasa bersangka buruk) padahal sebelum ni elok ja..malunya pada Allah S.W.T da terfikir kalo aku di tmp mereka dah pakai tudung memang x buka lagi..itu diri aku bila aku buat perubahan pada diri aku aku akan buat bersungguh sungguh..minta dijauhkan perperangai macam ni..samalah juga jika seseorang wanita tidak bertudung tetapi berperangai elok dan melakukan kebaikan namun tidak bertudung(berikan masa bukan kritikan)..bagi yang bertudung teruskan sampai bila2 inn sha allah aku akan menyusul dengan lebih baik(doakan baik2 tuk aku)..aku nampak yang bertudung belum tentu berakhlak mulia(bukan semua) dan yang tidak bertudung tidak semestinya jahat dan tidak berakhlak..siapa kita mahu menilai...hanya luaran tidak melambangkang apa-apa" Wallahua'lam

DANISH VS PENYAKIT MENIGITES

Pada masa kini, terdapat pelbagai penyakit yang menyerang manusia samada penyakit kronik ataupun kurang kronik. Sedar atau tidak, ada satu penyakit yang menyerang manusia secara diam dan boleh dikategorikan di dalam penyakit yang membunuh kita dalam senyap. Baru-baru ini, saya ternampak post dari facebook mengenai anaknya telah meninggal dunia secara tiba-tiba kerana tidak sedar dari tidur. Secara rambangnya anaknya dikatakan meninggal dunia akibat demam panas yang mendadak . Namun setelah dikenalpasti, penyebab utama kematian adalah dikenali sebagai penyakit Meningitis ! saya bersimpati dengan kisah ini, untuk itu saya terpanggil untuk menulis blog ini mengenai penyakit meningitis dan untuk pengetahuan pembaca anak saya Danish juga sewaktu berusia 2 bulan mengidap penyakit meningitis dan terpaksa berulang alik menerima rawatan dan pemantauan dari doctor pakar kanak-kanak.
Apakah itu penyakit Meningitis?
Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput pada otak dan saraf tunjang. Penyebab penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut.
Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan bayi, kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan.
Saya sering ajukan soalan kepada doctor yang merawat Danish "kenapa anak saya boleh mendapat penyakit ini? dan doctor menerangkan kepada saya tentang bakteria dan virus yang tidak akan nampak pada mata kasar kita dan anak yang berpontensi di jangkiti kerana sistem keimunan yang rendah seperti Danish yang baru berusia 2 bulan ketika itu.Doktor dapat mengenalpasti sekiranya seseorang tersebut menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture". "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan sekiranya keadaan ini tidak membahayakan pesakit tersebut.Jangan risau bila doctor ingin membuat pembedahan kecil pada tulang belakang anak kita kerana proses ini akan dilakukan oleh doctor yang pakar dalam lumber puncture dengan menjarum ke dalam untuk mengambil air tulang belakang bagi membuat pengesahkan jangkitan di selaput otaknya ianya adalah penyakit meningitis dan seterusnya menerima rawatan antibiotik yang sesuai untuk anak kita.
DIAGNOSIS Meningococcal meningitis boleh didiagnosa melalui:
Ujian mikroskopik
Ujian biokimia Ujian kultur
ke atas cecair serebrospina yang diambil melalui lumbar puncture. Lain-lain ujian yang dijalankan ialah
Ujian darah
CT-scan. kalau diingat balik saat Danish terima semua rawatan di atas sangat menyedihkan cuma doa sahaja menemani Danish.
Bagaimana Meningitis Berjangkit?
Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui Bakteria dan boleh menjangkiti seseorang melalui titisan pernafasan iaitu bersin, batuk, berkongsi gelas, straw, rokok, bercium dan dari mulut ke mulut (mouth to mouth resuscitation).bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.
kalau di ingat balik time danish masih kecil kebanyakan individu yang dikenali dan tidak dikenali akan mencium Danish dan kami juga membawa Danish berjalan-jalan ditempat tumpuan oranag ramai contohnya bila ada keramaian di dataran itu adalah faktor yang boleh di ambil kira kemungkinan jangkitan berlaku disitu dan sangat menjadi pengajaran buatku supaya lebih berhati-hati membagi anak kecil pada orang lain pastikan orang itu dalam keadaan bersih dan sihat juga aku akan elakkan diri pergi ke tempat orang yang berkerumun dan sampai sekarang aku dah praktiskan cara ini dan suntikan vaksin Pneumococcal juga turut membantu alhamdullillah anak-anak saya jarang mendapat sakit seperti demam dan selesma.
Terdapat individu yang mempunyai bakteria ini dalam tekak mereka tetapi tidak menunjukkan gejala penyakit. Golongan ini di kenali sebagai pembawa bakteria (carrier). Mereka ini mungkin menjadi punca jangkitan kepada bayi,kanak-kanak dan individu lain.
MEREKA YANG BERISIKO
Jangkitan mudah merebak di kalangan:
Mereka yang tinggal di tempat sesak seperti asrama, kem tentera dan jemaah haji. Risiko jangkitan lebih tinggi pada mereka yang paling rapat dengan orang yang sakit. Mereka yang mempunyai sistem daya pertahanan yang rendah.
Tanda-tanda dan gejala Meningitis seperti berikut :-
Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.
Tanda penyakit Meningitia ialah:
- Demam dengan suhu yang tinggi - Loya dan muntah - Sakit kepala yang teruk - Kekejangan pada leher dan sakit pada tengkuk - Kekeliruan, kepeningan dan kebingungan (drownsiness & confusion) - Mengantuk -Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive) - Ruam/bintik merah (petecheal rash) pada peringkat awal dan kemudian pendarahan bawah kulit.
Danish sebelum sakit seingat aku sintomp 2 tau 3 hari berkelakuan seperti muak susu atau muntah susu ingatkan perkara biasa yang lazimnya semua bayi akan berkelakuan begitu, banyak tidur dan kurang aktif Danish selalunya banyak ketawa bila kami bawa main saya ingat dia mengantuk itu sahaja yang pelik dia tidak meragam atau menangis dan yang pasti tidak demam.Saya nak orang di luar sana tahu yang saya tak pernah cuai menjaga anak saya lagipun ini bukan kali pertama saya menjaga bayi saya, Danish tidak pernak terjatuh dan saya tidak pernah membiarkan anak-anak saya demam baru nak bawa pergi hospital, sawan juga tidak semestinya demam tetapi kerana penyakit yang lebih berbahaya seperti menigitis dan sebagainya,untuk pengetahuan pembaca saya tak suka bawa anak pergi hospital kerajaan dan kalau pergi pun kerana semua klinik tutup, dari saya sampailah suami dan anak-anak semua akan pergi klinik ong kerana ubat yang bagus dan doktor terbaik dalam menjalankan tugasnya, sampai sekarang kadang-kadang terkilan juga mendengar kata-kata sesentengah seperti durang tahu apa yang berlaku pada Danish sebaiknya diam dan ambil tahu apa itu meningitis baru bercakap.Danish sebelum kejadian tengah malam itu menangis dan susah nak diam terus menangis ketika itu aku buaikan dia dalam buaian,puas aku memujuknya tetapi dia masih menangis tangisannya terlalu nyaring tidak seperti kebiasaan dan kami plan esok pergi klinik kerana malam itu Danish tidak Demam dan kami tak rasa risau maybe dia cuma meragam dan dia tidur balik maybe kepenatan menangis.(pengajaran walaupun dah lewat malam kena bawa anak pergi bercek)
Tanda akhir serangan Meningitis: Muntah.
Sawan.
Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
Lemah seluruh tubuh badan.
Ruam seperti lebam-lebam.
Tidak sedarkan diri.
Tanda akhir serangan Meningitis: Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor pakar jika mendapati tanda-tanda seperti di atas pada anak.
RAWATAN Pengawalan suhu badan, sawan dan yang paling utama ialah rawatan antibiotik yang diberi secara intravena. KOMPLIKASI - Kecacatan otak - Hilang pendengaran - Kegagalan organ penting seperti buah pinggang dan hati. - Kematian. Keesokan paginya Danish bangun lambat maybe semalam kurang tidur kerana menangis aku sempat memandikanya dan mencek segalanya keadaan danish dan saat itu Danish tidak demam, selepas mandi danish bersiap untuk pergi klinik Ong tiba-tiba masa tu aku dalam keadaan berdiri mendukungnya aku rasakan badannya mengeras dan lehernya tegang serta matanya keatas aku teriak panggil suamiku dan suamiku mendukungnya membawa pergi tempat bilik bapa mertuaku dia membacakan sedikit ayat al-quran pada Danish dan menyuruh kami cepat membawanya ke klinik.Dalam perjalanan ke klinik ong Danish tiba-tiba demam dan badannya sangat panas, Masa kami datang klinik ong tutup dan kami bergegas ke hospital, setibanya di sana mereka melap-lap badan Danish dengan air yang sangat sejuk dan mencucuk tangan danish tetapi bukan untuk di ambil darah tapi pasang jarum di tangan maybe untuk sambung air atau masuk ubat. Masih aku ingat nerse 3 orang yang tolong melap-lap Danish seperti menyindir aku mengatakan kalau anak demam kenalah awal-awal lap badannya jangan tunggu panas baru dan biarkan, semuanya yang nerse cakap adalah benar tapi tidak adil bagiku kerana mereka tidak tahu cerita sebenar dan aku jenis diam dan mendengar saja dalam hati aku berabis menyumpah, memang perangai aku suka memendam tetapi sudah aku jelaskan yang awalnya danish tidak demam tiba-tiba saja demam, tetapi mereka terus bercakap ada anak 2 sudah sepatutnya tahu akan keadaan anak, aku cuba kawal kemarahan aku dan bersabar dengan kerenah nurse yang pandai menjaga hati seorang ibu yang sedang bersedih dan risaukan keadaan anaknya.
Setahu aku dan pengalaman aku bila anak aku demam aku akan mengunakan air yang tidak terlalu sejuk kerana ianya akan berlawanan bila air yang terlalu sejuk di lap kat badan anak dan suhu anak akan bertambah naik tetapi nurse yang budiman itu mengunakan air yang sangat sejuk seperti ais batu.
Cerita aku baru permulaan belum lagi aku cerita pertengahan dan penghujungnya sepanjang Danish berada di wad hospital itu yang membuat aku trauma dan sakit hati bila mengingatinya.Aku sambung cerita penghujungnya sahaja kerana malas nak ingat benda yang membuat aku sakit hati dan selama 4 hari 3 malam akhirnya Danish di beri keluar aku sangat bersyukur dan gembira kerana plan kami terus nak bawa Danish pergi klinik ong kerana keadaan Danish semakin teruk dah lah tangan yang di cucuk itu langsung tiada sebarang ubat masuk dan sambung air pun tiada langsung padahal Danish tidak mahu menyusu langsung dan dia sering menangis dan sawan malah ada bintik-bintik merah di badan dan mukanya, sudah ku suarakan kebimbangkanku dengan doctor yang bertugas bertukar ganti,malah ketika dia sawan tiada sebarang ubat sawan di kasih untuk control sawannya malah doctor yang ku panggil lewat malam itu mengatakan tiada ubat sawan tetapi di hospital likas ada pulak ubat sawan hairan...sepanjang berada di hospital itu Danish seperti di cuaikan kerana hanya ubat demam di berikan.
Keluar sahaja dari hospital terus pergi klinik ong dan ketika doctor merawat Danish dia seperti risau dan cemas mengatakan Danish berkemungkinan mengidap meningitis dan dia terus menjarum antibiotik pada Danish dan menjelaskan bahagiaan atas kepala Danish (dekat umbun-umban baby yang berdenyut )membengak dan besar dari biasa dam menyuruh kami segera pergi kota kinabalu kerana keadaan Danish sangat teruk dan tenat mengunakan kapal terbang hari itu juga. ALLAH sahaja yang tahu perasaanku ketika itu hancur hatiku doctor ong terus menyuruh kami pergi ke klinik yang membenarkan pelepasan untuk pesakit kritikal untuk berlepas dan kami mendapat kebenaran untuk berlepas pada malam itu tetapi hanya Danish sahaja yang dibenarkan masuk dijaga oleh staf pramugari kerana tiada kekosongan untuk aku dan suami, berat rasa nak tinggalkan Danish kami menelifon doctor ong dan doctor ong menyuruh kami datang mengambil surat untuk di berikan kepada hospital yang sangat berjasa pada kami sekeluarga untuk menghantar Danish ke hospital likas pada keesokkannya so terpaksa bermalam disana, sampai kat hospital tu aku sangat marah dan tak nak di layan oleh staf lelaki berbaju putih aku nak doctor, sampai sahaja doctor tu baru nampak kesungguhan merawat Danish siap ambil gambar badan Danish yang ada bintik-bintik merah.
Keesokannya Danish dibawa mengunakan ambulans di temani oleh jururawat dan mama budak yang tangan anaknya patah.Pendekkan cereta sepanjang Danish menerima rawatan di hospital likas sangat mendebarkan dan alhamdulillah dia kini sihat sepenuhnya.Selepas dia dah ok sekit kami memberinya suntikan vaksin Pneumococcal atas nasihat doctor pakar kanak-kanak. Walaupun mahal tetapi sangat berharga untuk kesihatan anak.
Sedikit info tentang vaksin Pneumococcal Pneumococcal ialah sekumpulan penyakit disebabkan bakteria streptococcus pneumonia yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, meningitis atau jangkitan pada membran selaput otak dan saraf tunjang, radang paru-paru (pneumonia) dan otitis media atau jangkitan telinga tengah. Ia merupakan penyebab utama kematian kanak-kanak bawah umur 5 tahun. Simptom penyakit adalah berbeza mengikut usia kanak-kanak dan jangkitan yang dihadapinya. Meningitis - demam, meragam, sakit kepala, muntah, pengsan Radang paru-paru - demam, susah bernafas, batuk, sakit dada, hilang selera makan Jangkitan telinga tengah - sakit telinga, susah mendengar dan kadangkala demam (sumber: Google) Vaksin ni perlu diambil 4 dos (jika diambil seawal umur baby 2 bulan). Sewaktu Danish baby dia ambil 3 dos . Bukan terus dapat 3 suntikan tetapi next bulan yang di tetapkan kena sambung dos. Harga? Agak mahal juga, tapi untuk kesihatan anak buat apa nak berkira? Saya memberi suntikan Di klinik ong, berharga RM280 1 dos dan untuk 2 dos tunggu bulan yang ditetapkan Sempat la simpan duit untuk next dos.

PANCAKES MAMMY VS PANCAKES MCD

Yummie : mammy sedapnya pancake ni... Mammy : jadi mammy punya pancake x sedap laa Yummie : x laa mammy maksud yumi pancake mammy lagi sedap dr ni( sambil mkn x pandang aku pun ) Mammy: yumi ckp betul2 mn lg sedap pancake mcd ke? Pancake mammy? Yummie : mammy pancake mammy paling sedap d dunia (makan berabis cyumi) Mammy : dlm hati ckp ( npk sgt tipunya hehe..aku candid pun ank2 qu ni x prasan.. sayang anak mammy..

hari ni aku ngan yumi buat lawak spontan hehe

Mood mammy penat cuci baju mahu rehat
Mood yumi buat kerja rumah sambil marah2
Yumi : mammy apa maksud i don't tell?
Mammy : aq x bole bg tahu..
Yumi : bg tahu ja la mammy..yumi mau capat ni..
Mammy : aq x bole bg tahu..
Yumi : mammy capat bah bg tahu..
Mammy : kan aq da ckp..aq tak bole bagi tahu..
Yumi : jahat la mammy ni..bg tahu babah
Mammy : alahai bertuah punya anak..&%$#^&ku umban ko kang pakai bantal ni cuba jan ko blajuan buat kerja rumah..
Yumi : hahahahahahaha aku tahuuu....aku x bole bagitahu
Mammy : npa ko ketawa..apa yg ko ndamau bgtau aku? (poyonya aku lol hahahaha)
Yumi : kerja rumah ni la mammy.....hahahahahaha kami berdua pun ketawa....lol punya ceta hahahaha...

Facebook qu x boleh buka

Dari tadi sampai sekarang pukul 1:57 usaha untuk membuka fb x boleh..password da ok,aku belum hilang ingatan lagi..memamg betul la 2 password aku,salah kunun..aduh..sakit hati Ahhhhhhhhhhhh...Eeeeeeeeeeee geramnya aku..reset password baru pun..masalah juga..bagus tidur..

29 OKTOBER BERADA DI HOSPITAL LIKAS

dari labuan ke hospital likas mengambil masa yg panjang,mahu pergi kk kena naik feri lepas tu pandu dr 2 tau 3jam smpi la likas.perjalanan penuh debaran di dada,dgr saja bunyi ambulans sudah membuat hatiku gelisah.sebagai seorg ibu ku kuatkan hatiku dan ku peluk erat ankku di bdnku.bdnnya sgt2 panas..ku buka bjnya dan jururawat yg menemani aku melap2 bdnnya..mahu kasi masuk ubat melalui juburnya agak susah dgn keadaan ambulans yg di pandu laju memang agak sukar,di pertengahan jln ada ambulans rosak minta tolong hantar pesakitnya juga mahu pergi hospital likas,kelihatan org tua dan jururawat yg menemaninya.perempuan itu tersenyum melihatku dan duduk di sebelahku sambil senyum pdku kubls senyuman itu dgn muka yg penuh ketakutan kerana bdn ankku sgt2 panas mungkin mencecah 40c dan jururawat yg menemaniku dpt baca mukaku dan turut risau melihat keadaan danish ia meminta pemandu itu memandu cepat kerana takut ankku akan megalami sawan.pemandu itu memandu laju dan sekali sekala menoleh ke blkang btanyakan keadaan ankku,m.cik yg duduk di sebelahku mliat ankku dgn penuh simpati ku tahan air mataku dr menitis..akhirnya kami smpi juga di hospital likas dan ankku segera di rawat,terlalu byk doctor yg menggelilinggiku.agak panik juga melihat ankku seperti agak tenat.doctor di sana sgt baik tdk seperti di LABUAN.doctor perempuan yg mdgr ceritaku agak tekejut dan geling2 kepala ia mgatakan hospital LABUAN doctornya tiada pakar dia menenangkanku dan memeluk juga menghulurkan tisu pdku kerana tiada tertahan sudah air mata ini,teresak2 aku di wad itu.kami masuk wad1 melur d dlm bilik itu luas dan mempunyai bilik2 lg,kami masik bilik1 dan selepas 1jam kami di pindahkan ke bilik6.doctor membawa peralatan utk xray kepala danish dan mereka juga ingin meminta kebenaran untuk mengambil air sum2 tulang belakang danish. berat rasanya hati mendengar,seluruh keluarga tidak bersetuju membenarkannya tp keadaan danish masa 2 agak lemah dan perlu rawatan yg sewajarnya.kami kedua ibu bapanya terpaksa membenarkan doctor membuat apa yg patut utk kebaikan danish.doa mengiringi danish dan agak menakutkan juga tp risiko kena diambil.

me n son

me n son

me&u

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

hahahahahafunny