ASSALAMMUALAIKUM...

hai semua..di sini aku lebih selesa berkongsi cerita tentang kehidupan tanpa perlu meluah kepada sesiapa kerana bagiku bila kita bercerita yes mereka mendengar tetapi tidak semua orang akan memahami kita dan tidak semua orang suka mendengar cerita kita, sebaiknya pilih keluarga dan kawan yang kita tahu hatinya baik. Di sini aku bebas ianya umpama kawan bisu aku macam korang yang tengah baca ni laa hahaha
selain korang Allah S.W.T ja tahu cerita aku, aku ni jenis yang suka pendam sahaja dan meluahkan hanya kepada yang Maha Esa dan berdoa semoga cerita kita diberkati ALLAH S.W.T Aamiin..

Aku ni semple orangnya, tidak pakai mekap..pakaian asal selesa aku ok, tidak mahu itu ini bukan jenis suka meminta, apa yang kumahu cuma ingin bersama insan-insan yang kuayangi dan menyayangiku sudah memadahi dan aku sangat bersyukur dalam kehidupanku..Bagiku bila kita hidup bersama rasa cinta pada Allah S.W.T. maka cinta akan jadi milik kita In Shaa Allah..

Aku ni tidaklah sempurna mana, ilmu agama pun masih banyak perlu aku tingkatkan, tapi alhamdullillah didikan bapaku soal agama memang banyak aku pelajari dan ku ajari lagi pada anak-anakku tidak sehebat ustazah tau ustaz tetapi penting bagiku mengajar anakku tentang berbuatan baik dan menjauhi berbuatan jahat...menjalani kehidupan dengan sentiasa berbuat kebaikan.

Aku walaupun luaran tidaklah sempurna mana pada pandangan manusia tetapi dalaman kita cuma Allah S.W.T. sahaja yang tahu apa yang ada di hati dan niat kita.

Kebahagiaan akan kita rasai bila kita disayangi dan menyayangi, mampu membuat orang tersenyum, berserderhana dalam kehidupan dan sentiasa bersyukur itu adalah erti kehidupan sebenar. Harta kekayaan masih tidak boleh memberi kebahagiaan walaupun hakikat kita perlu duit untuk hidup tetapi aku masih percaya di luar sana masih ramai yang sedang berbahagia walau hidup serba kekurangan kerna mereka berbahagian dengan insan tersayang dan penerimaan keserderhanaan hidup tanpa perlu mengejar kekayaan lebih dari kehidupan yang sebenar.
YUMMIEDJA. Dikuasakan oleh Blogger.

KATA HATIKU BUKAN HATI KAMU

Semuanya adalah dari hati, hati yang bersih tidak pernah menipu kerana bagiku hati tidak kotor tetapi akhlak seseorang itu yang mengkotorkan dirinya. Allah S.W.T. tahu hati kita oleh itu aku memilih untuk menjalankan kehidupanku tanpa menipu biarlah niat dari hati yang tulus kerana aku cuma insan yang belum sempurna dan cuba menjalani dengan caraku dan apa yang ada di hatiku cuma Allah S.W.T. mengetahui...orang lain takkan sama ngan aku kerana aku adalah aku.

Jangan nilai aku, aku tahu siapa aku dan jika aku tidak bertudung ada orang lain mempersoalkan dan bermasalah dengannya bagiku aku akuinya belum sempurna seperti kalian yang rasa dah cukup bagus pakai tudung akhlak pun terbaik..opsss terbaik ke?? biar Allah nilai kalian yang rasa bagus..pesan aku pada kalian yang dah sempurna janganlah langsung menjatuhkan hukuman bersalah dan fikir aku seperti kristian tuduhan tu sangat berat bagiku apalagi membabitkan orang yang aku sayang..jaga sajalah kehidupan kamu...dan ajar mulut dan hati untuk berperangsangka baik dengan orang yang kamu pandang kerna pandangan kamu tidak mengambarkan apa2 kerna pandangan Allah S.W.T pada  orang x sama nilai dengan gambaran ko pada orang itu.berdosa 1 neraka..Nasihat adalah bagus untuk diriku dan aku alu-alukan kerna ramai orang menyayangiku..tetapi jangan keterlaluan cerdik pandainya pandangan ko pada orang tu silap, bagiku persoalannya bukanlah tudung saja diberi keutamaan tetapi akhlaknya juga ianya adalah 2 hal berbeza pada pandangan aku. Pendapat peribadiku bertudung adalah murni dan menjalankan perintah Allah, Wajib untuk wanita muslim yang baligh walaupun buruk atau baik akhlaknya semua boleh untuk bertudung,  aku pun bertudung bila aku nak semuanya bergantung pada budi pekerti peribadi masing-masing..bukan aku langsung tak sentuh tudung..Jika seorang wanita bertudung tetapi berperangai teruk dan melakukan dosa itu bukan kerana tudungnya namun kerana akhlaknya seperti bertudung lepas tu perpakaian nampak aurat,rambut warna,perperangai teruk(sentiasa bersangka buruk) padahal sebelum ni elok ja..malunya pada Allah S.W.T da terfikir kalo aku di tmp mereka dah pakai tudung memang x buka lagi..itu diri aku bila aku buat perubahan pada diri aku aku akan buat bersungguh sungguh..minta dijauhkan perperangai macam ni..samalah juga jika seseorang wanita tidak bertudung tetapi berperangai elok dan melakukan kebaikan namun tidak bertudung(berikan masa bukan kritikan)..bagi yang bertudung teruskan sampai bila2 inn sha allah aku akan menyusul dengan lebih baik(doakan baik2 tuk aku)..aku nampak yang bertudung belum tentu berakhlak mulia(bukan semua) dan yang tidak bertudung tidak semestinya jahat dan tidak berakhlak..siapa kita mahu menilai...hanya luaran tidak melambangkang apa-apa" Wallahua'lam

me n son

me n son

me&u

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

hahahahahafunny