ASSALAMMUALAIKUM...

hai semua..di sini aku lebih selesa berkongsi cerita tentang kehidupan tanpa perlu meluah kepada sesiapa kerana bagiku bila kita bercerita yes mereka mendengar tetapi tidak semua orang akan memahami kita dan tidak semua orang suka mendengar cerita kita, sebaiknya pilih keluarga dan kawan yang kita tahu hatinya baik. Di sini aku bebas ianya umpama kawan bisu aku macam korang yang tengah baca ni laa hahaha
selain korang Allah S.W.T ja tahu cerita aku, aku ni jenis yang suka pendam sahaja dan meluahkan hanya kepada yang Maha Esa dan berdoa semoga cerita kita diberkati ALLAH S.W.T Aamiin..

Aku ni semple orangnya, tidak pakai mekap..pakaian asal selesa aku ok, tidak mahu itu ini bukan jenis suka meminta, apa yang kumahu cuma ingin bersama insan-insan yang kuayangi dan menyayangiku sudah memadahi dan aku sangat bersyukur dalam kehidupanku..Bagiku bila kita hidup bersama rasa cinta pada Allah S.W.T. maka cinta akan jadi milik kita In Shaa Allah..

Aku ni tidaklah sempurna mana, ilmu agama pun masih banyak perlu aku tingkatkan, tapi alhamdullillah didikan bapaku soal agama memang banyak aku pelajari dan ku ajari lagi pada anak-anakku tidak sehebat ustazah tau ustaz tetapi penting bagiku mengajar anakku tentang berbuatan baik dan menjauhi berbuatan jahat...menjalani kehidupan dengan sentiasa berbuat kebaikan.

Aku walaupun luaran tidaklah sempurna mana pada pandangan manusia tetapi dalaman kita cuma Allah S.W.T. sahaja yang tahu apa yang ada di hati dan niat kita.

Kebahagiaan akan kita rasai bila kita disayangi dan menyayangi, mampu membuat orang tersenyum, berserderhana dalam kehidupan dan sentiasa bersyukur itu adalah erti kehidupan sebenar. Harta kekayaan masih tidak boleh memberi kebahagiaan walaupun hakikat kita perlu duit untuk hidup tetapi aku masih percaya di luar sana masih ramai yang sedang berbahagia walau hidup serba kekurangan kerna mereka berbahagian dengan insan tersayang dan penerimaan keserderhanaan hidup tanpa perlu mengejar kekayaan lebih dari kehidupan yang sebenar.
YUMMIEDJA. Dikuasakan oleh Blogger.

CEK TARIKH LUPUT UBAT

Semalam kami membawa danish pergi kecemasan kerana dia tiba-tiba muntah secara berterusan tanpa sebab dan batuk yang pelik. Danish kelihatan seperti sukar untuk bernafas, sebelum kejadian danish aktif seperti selalu. Petang tu danish meminta babahnya membawanya untuk makan roti canai dan minum minuman gas, kakaknya juga turut memesan makanan dan minuman yang sama macam danish.

Itu pengetahuaan semua danish tidak asma, entahlah macam mana boleh berlaku. Selepas menemankan anak-anak makan, kami terus gerak untuk balik sebab hujan dalam pukul 6.30 kena jugalah kepala durang hujan balik rumah terus mandi. Selepas mandi danish baring tak seperti kebiasaannya ambil mainannya dan main, ini dia baring ja..pastu tiba-tiba dia panggil aku dan tutup mulutnya aku memeluknya dan tanya kenapa, danish cakap dia nak muntah..pastu tiba-tiba dia muntah banyak...muntah lagi..dan lagi..lagi..lagi...lagi..tak nak makan..aku paksa dia minum sekit2 sebab dah tiada benda dia nak muntah..minum sekit muntah pun sekit..jam dah menunjukkan pukul 12.15 nak tunggu esok bawa p klinik rasanya tu bukan pilihan yang tepat dengan keadaannya yang sangat lemah...kesian danish..

Sampai di kecemasan durang suruh tunggu doctor..tunggu punya tunggu 1 jam lebih juga menunggu..doc tu mahu mengambil darah danish dalam 2 botol panjang..sedikitnya katanya..dan ingin memasukkan air ke dalam badannya...danish faham apa yang doc tu cakap...tindakan pertamanya menyuruh babahnya tidak membenarkannya di jarum...kami serba salah..maybe kalau kamu di tempat kami kebanyakannya akan membenarkan doc membuat apa yang patut..kami tidak seperti kalian kerana kami punya pengalaman dasyat dan trauma tentang ambil darah..biarlah rahsia tetapi sudah ku ceritakan pada doc yang bertugas dan alhamdullilah doc tu sangat memahami dan meminta danish di pam sahaja dan kami tandatangan surat membawa danish keluar hospital itu..dan menyuruh kami datang jika ada apa-apa yang berlaku pada danish...kami mengucapkan terima kasih.

Danish selesa di pam..dah lama sangat tak pernah kena pam..ingatannya sangat kuat maybe terlalu lama dia sakit dulu...alhamdullillah dia dah sembuh sepenuhnya...danish semangatnya kuat..dia suka melawan sakitnya..bila aku paksa minum dia akan buat dengan selamba...tak macam yumi penakut...ubat pun kalo suruh cyumi makan mahu berjam2 suruh makan ubat..tapi bagi aku ubat yang paling mujarab di dunia ini adalah doa pada yang maha esa..doalah...kami balik dalam pukul 3.40 pagi..yumi ikut kamu juga so hari ni dia tak sekolah takut dia mengantok nanti di sekolah...yumi selalu ada untuk adiknya...dia juga selalu mendoakan adiknya...kepada pembaca tolong doakan danish sihat dari segala penyakit yang menimpanya..terima kasih..



Danish dah boleh makan sekit2..dia makan bubur  nasi...minum air garam pun dah...muka pun x pucat dah...banyak cakap...alhamdullillah perut pun dah x kurus sangat..hari ni juga kami akan bawa pergi klinik ong tuk cek danish nak puaskan hati kami supaya danish dalam keadaan baik2 sahaja..ohh ya aku nak share ubat yang di kasi di kecemasan...salah satu ubat tu tarikh dah luput...so kita sebagai ibu bapa kena peka cek dulu ubat yang di beri sebelum meninggalkan kaunter ubat..aku selalu cek tarikh kerana itu salah satu benda penting yang di ajar oleh doc pakar danish..semua manusia buat silap..aku bersangka baik sahaja...aku tidak marah tapi terkejut..untuk ingatan aku dan pembaca supaya cek tarikh luput ubat ok..bye...





me n son

me n son

me&u

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

hahahahahafunny