29 OKTOBER BERADA DI HOSPITAL LIKAS
dari labuan ke hospital likas mengambil masa yg panjang,mahu pergi kk kena naik feri lepas tu pandu dr 2 tau 3jam smpi la likas.perjalanan penuh debaran di dada,dgr saja bunyi ambulans sudah membuat hatiku gelisah.sebagai seorg ibu ku kuatkan hatiku dan ku peluk erat ankku di bdnku.bdnnya sgt2 panas..ku buka bjnya dan jururawat yg menemani aku melap2 bdnnya..mahu kasi masuk ubat melalui juburnya agak susah dgn keadaan ambulans yg di pandu laju memang agak sukar,di pertengahan jln ada ambulans rosak minta tolong hantar pesakitnya juga mahu pergi hospital likas,kelihatan org tua dan jururawat yg menemaninya.perempuan itu tersenyum melihatku dan duduk di sebelahku sambil senyum pdku kubls senyuman itu dgn muka yg penuh ketakutan kerana bdn ankku sgt2 panas mungkin mencecah 40c dan jururawat yg menemaniku dpt baca mukaku dan turut risau melihat keadaan danish ia meminta pemandu itu memandu cepat kerana takut ankku akan megalami sawan.pemandu itu memandu laju dan sekali sekala menoleh ke blkang btanyakan keadaan ankku,m.cik yg duduk di sebelahku mliat ankku dgn penuh simpati ku tahan air mataku dr menitis..akhirnya kami smpi juga di hospital likas dan ankku segera di rawat,terlalu byk doctor yg menggelilinggiku.agak panik juga melihat ankku seperti agak tenat.doctor di sana sgt baik tdk seperti di LABUAN.doctor perempuan yg mdgr ceritaku agak tekejut dan geling2 kepala ia mgatakan hospital LABUAN doctornya tiada pakar dia menenangkanku dan memeluk juga menghulurkan tisu pdku kerana tiada tertahan sudah air mata ini,teresak2 aku di wad itu.kami masuk wad1 melur d dlm bilik itu luas dan mempunyai bilik2 lg,kami masik bilik1 dan selepas 1jam kami di pindahkan ke bilik6.doctor membawa peralatan utk xray kepala danish dan mereka juga ingin meminta kebenaran untuk mengambil air sum2 tulang belakang danish. berat rasanya hati mendengar,seluruh keluarga tidak bersetuju membenarkannya tp keadaan danish masa 2 agak lemah dan perlu rawatan yg sewajarnya.kami kedua ibu bapanya terpaksa membenarkan doctor membuat apa yg patut utk kebaikan danish.doa mengiringi danish dan agak menakutkan juga tp risiko kena diambil.


