Semuanya adalah dari hati, hati yang bersih tidak pernah menipu kerana bagiku hati tidak kotor tetapi akhlak seseorang itu yang mengkotorkan dirinya. Allah S.W.T. tahu hati kita oleh itu aku memilih untuk menjalankan kehidupanku tanpa menipu biarlah niat dari hati yang tulus kerana aku cuma insan yang belum sempurna dan cuba menjalani dengan caraku dan apa yang ada di hatiku cuma Allah S.W.T. mengetahui...orang lain takkan sama ngan aku kerana aku adalah aku.
Jangan nilai aku, aku tahu siapa aku dan jika aku tidak bertudung ada orang lain mempersoalkan dan bermasalah dengannya bagiku aku akuinya belum sempurna seperti kalian yang rasa dah cukup bagus pakai tudung akhlak pun terbaik..opsss terbaik ke?? biar Allah nilai kalian yang rasa bagus..pesan aku pada kalian yang dah sempurna janganlah langsung menjatuhkan hukuman bersalah dan fikir aku seperti kristian tuduhan tu sangat berat bagiku apalagi membabitkan orang yang aku sayang..jaga sajalah kehidupan kamu...dan ajar mulut dan hati untuk berperangsangka baik dengan orang yang kamu pandang kerna pandangan kamu tidak mengambarkan apa2 kerna pandangan Allah S.W.T pada orang x sama nilai dengan gambaran ko pada orang itu.berdosa 1 neraka..Nasihat adalah bagus untuk diriku dan aku alu-alukan kerna ramai orang menyayangiku..tetapi jangan keterlaluan cerdik pandainya pandangan ko pada orang tu silap, bagiku persoalannya bukanlah tudung saja diberi keutamaan tetapi akhlaknya juga ianya adalah 2 hal berbeza pada pandangan aku. Pendapat peribadiku bertudung adalah murni dan menjalankan perintah Allah, Wajib untuk wanita muslim yang baligh walaupun buruk atau baik akhlaknya semua boleh untuk bertudung, aku pun bertudung bila aku nak semuanya bergantung pada budi pekerti peribadi masing-masing..bukan aku langsung tak sentuh tudung..Jika seorang wanita bertudung tetapi berperangai teruk dan melakukan dosa itu bukan kerana tudungnya namun kerana akhlaknya seperti bertudung lepas tu perpakaian nampak aurat,rambut warna,perperangai teruk(sentiasa bersangka buruk) padahal sebelum ni elok ja..malunya pada Allah S.W.T da terfikir kalo aku di tmp mereka dah pakai tudung memang x buka lagi..itu diri aku bila aku buat perubahan pada diri aku aku akan buat bersungguh sungguh..minta dijauhkan perperangai macam ni..samalah juga jika seseorang wanita tidak bertudung tetapi berperangai elok dan melakukan kebaikan namun tidak bertudung(berikan masa bukan kritikan)..bagi yang bertudung teruskan sampai bila2 inn sha allah aku akan menyusul dengan lebih baik(doakan baik2 tuk aku)..aku nampak yang bertudung belum tentu berakhlak mulia(bukan semua) dan yang tidak bertudung tidak semestinya jahat dan tidak berakhlak..siapa kita mahu menilai...hanya luaran tidak melambangkang apa-apa" Wallahua'lam


